aQiL

aQiL
..Permata Hatiku..

Saturday, August 29, 2009

---> Tag dari Munira <---

Halluuuuuu...
Ok la...stelah puas aku posing snap gambo sendiri...akhirnya dpt la jgk aku gambo huduh ni..
Munira, Terima kasih la sbb sudi tag aku. walaupun aku ni masih baru dlm blogger ni, tp aku nk sahut jgk cabaran ko tuh....mklumla negara kite pn da nk menyambut hari Kemerdekan yang ke 52.....Malaysia Boleh!!


TASK: upload satu pic anda yg paling ridiculous @ hodoh (WAJIB). Snap secara spontan depan pc lg bagus...

ni mmg kat depan pc...aku x tau nk buat aksi cane..ni kire gambo baru la....fresh from microwave....Lps aku tngok gambo ni, trus aku tringat kak liza yg suke panggil aku NEK BAYAN..
Kire boleh la gambo ni kan...ACI TAK??





1. kenapa anda rasa pic tu ridiculous?
 
sebab aku rase... muka aku dlm gambo ni mmg mcm NEK BAYAN...wakakakakkakaak siottt kak liza
 
 
2. Di mana ni?
 
kat dlm ofis...HHCCB
 
 
3. senaraikan rakan2 yg ingin anda TAG
 
alooo..aku tak tau nak tag sape lg sbb semua geng aku da kne tag..huhuuuu
 
 
4. Ucapan anda?
 
Terima kasih kat cikgu munira kerana mengeTAG aku....lain kali tag lg yer....ekekekkeke
 
 
** Kak Liza, den da abis bayar utang kat muni....akk jgn lama sgt nk tepek....kang EKSEPAID..

Friday, August 28, 2009

Emel - - Luahan Hati Suami Dapat Kawin Lagi

Hehe
Baru dapat emel ni dari ofs mate aku..
Tersengih sorang2 aku bace..
Memang kena baca...dalam lawak, ada kebenarannya..

Alhamdullillah ade jugak makhluk Allah yang berfikiran macam nie...
Amin...
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL...hehe




Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya,


baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan...


Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.


Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...


Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kanbanyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kandah ada experience dengan isteri pertama –bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.


Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... lagi haru ... Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kananak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kannak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan


mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu .....


Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila


ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cubabab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.


Wallahualam.


suami orang-


LU PIKIR LA SENDIRI!!






Thursday, August 27, 2009

Bazar oh bazar..

Lepas keluar ofis kul 4:30 tadi, aku terus pegi Manjaku shop kat Ampang sebab nak beli puting baru dak Aqil. Tapi salah beli pulak. Dari umo sebulan, Aqil pakai puting Avent yang 1 drop
tapi sekarang dia da setahun lebih, so aku fikir nak tukar yang ke 3 drop.
Alih2 tak suke pulak aqil pakai puting tu...abis di campaknye botol susu...pastu di jaja nya susu tu keliling rumah..haiyooo...aqil aqil...nampaknya ibu kena beli lain la nih..


Keluar dari Manjaku aku singgah kat Bazar Ramadhan Bandar Baru Ampang. kat situ senang sikit nak parking compare kat bazar pandan indah.
Mase sampai tu hujan da renyai2...tapi sebab teringin sgt nk makan ayam percik, aku belasah je la jalan.
Hajat memula nak beli ayam percik dengan air tebu je. tapi da rewang2, macam2 la aku beli.
dapat la ayam percik, air tebu, murtabak daging, pulut panggang, kopok lekor, tau fu fa, roti john dan kuih favourite laki aku... 'taik itik'.
Tekejut gak harga air tebu bungkus kecik RM4...aiyoooo tahun lepas aku beli masih harga RM2.50 lagi.
tapi tu la..harga barang sekarang pun semua da naik kan..tapi... harga tebu pun naik ke??...hurrrmmmm


Tengah hangat rewang2 tu hujan pulak tiba2 turun dengan lebat. Simpati aku tngok peniaga2 bazar tu semua kelam kabut tutup barang jualan masing2. ye la..takut rosak kena air hujan tu. Kesian diorang kan...semoga cukup rezeki mereka untuk hari ni.


Tapi yang paling aku tak puas hati, ada jugak peniaga2 ni yang mengambil kesempatan dan sambil lewa dengan kualiti makanan yang mereka jual.
Tidak keterlaluan kalau aku cakap ada yang semata2 nak kaut keuntungan...sedangkan makanan yang diorang jual..,,hurmmmm tiada kualiti.
Air tebu yang aku beli tadi dah berbau dan masam...mungkin lebihan semalam yang tak habis di jual kot.
Tambah menyebalkan aku bila ayam percik tu mentah..........haiyoooo terus hilang selera nak makan.
Tengok pada rupa dan bau ayam tu memang marbeles, tapi rasa hampehhhhhh....cuma kat luaran je yang hangus...sedangkan kat dalam, darah masih pekat lagi...uwekkkkkkk....potong stim betol laaa..
akan ku kenang muka adik yang jual ayam percik tu. Macam esok nak pegi sana lagi, pastu nak bagi syarahan kat adik tu...aci tak??


Ok la....malam ni aku tak boleh tido lewat sebab sok pagi kul 4:30 nak kena pegi KLIA....nak hantar 2 orang foreign workers aku balik nepal...huhuuu flight ke kathmandu semua waktu subuh...walaupun terpaksa bersahur dalam perjalanan, terpaksa la aku buat..da kerja aku kan.......

Monday, August 24, 2009

Huhuuuu thank u ain

Assalamualaikum w.b.t..



Pertama sekali ribuan terima kasih d ucapkan kat Ain ibu c Ahnaf..
kerana sudi mengajar aku nk bukak Lock blog nih..
dan terima kasih kat kak liza yg bg perangsang utk aku buat blog nih...huhuuuu
Love u sis..



Ermmm ni baru mula2 nk blaja buat blog
tak faham lg cane nk create and setting blog nih..
d hrp mane2 geng yg expert tu..eyna, faridah..
sudi2 la ajar diriku yg masih merangkak ni yer...eheheheh