aQiL

aQiL
..Permata Hatiku..

Saturday, October 31, 2009

Aqil tak sihat

Dah seminggu aku tak update blog...biasa la, kalau hari bekerja tu, memang selalu tak de masa nak bertenet.

Hari Rabu masa aku sampai je rumah, Aqil tengah wat 'projek'...mak aku pun bagitahu yang tu kali kelima aqil buang air besar. Terkejut jugak aku, sebab sebelom2 ni Aqil cuma u'uk sekali je sehari.
Malam nye pulak, lepas isyak dia u'uk lagi. Kali ni lebih cair....so aku da tau dia kena cirit birit. Tak sampai sejam dia u'uk lagi...siap leh dengar bunyi cirit tu. tapi Aqil tak nangis la pulak untuk menandakan sakit perut ke ape.

Ingat nak angkut dia gi klinik, tapi bila ayah dia balik, Aqil da tido dengan nyenyaknye..kesian la pulak nak kacau dia.
Pagi tu dalam pukul 4 lebih, Aqil kejutkan aku... Aku pun terpaksa layan dia, ikut dia jalan ke hulu ke hilir.
Tak lama lepas tu, dia cirit lagi. aku tngok jam pukul 4:40...aiyokkkkk. Lepas tu, pukul 5:10 dia u'uk lagi...
Aku da tak sedap hati bila tengok dia da makin lembik je...aku pun kejutkan ayah dia ajak gi kelinik.
Sebelum keluar rumah, dia cirit lagi..hadoiiiiiiiiii makin risau aku di buatnye. Lepas subuh, pukul 6:15 kitorang g Klinik Idzham kat Pandan Capital MPAJ, nasib baik klinik ni buka 24jam.
Mengikut nasihat doktor, mungkin susu aqil da tak sesuai dengan badan dia. So, kena stop susu 24jam...dapat ubat angin, ubat dakit perut dengan air garam. Alhamdulillah cirit dia da surut.

Tapi malam nye tu pulak, aku tengok bibir Aqil kering. Atas bawah kering..warna putih. Huhuuuu susah dia nak isap susu. memang langsung tak boleh nak masukkan puting, mesti dia tolak....sakit agaknye.
Lidah dengan gusi dia pun ada warna putih tu. terpaksa la aku bagi dia minum susu dengan menggunakan syringe...kalau tak, tak minum la dia..dah la selera makan dia takde langsung..semua makanan dia tolak..huhhh makin kurus la anak ibu.

Hari ni aku masak air barli. Orang cakap barli bagus untuk sejukkan badan. Aqil pun da stat panas badan dan batuk2...risau aku. Semoga anak ibu sentiasa sihat...Amin...

Friday, October 23, 2009

~SMILEYKIDZ Online contest - Senyuman si comel ~

Salam...

Semalam tengok blog Nae dgn Eyna tentang contest ni...hari ni tengok Ayu dgn Ain pun da join..
tergerak plk hati aku nak join gak...

NAMA ANAK : AQIL IMTIYAZ BIN UMAR ZAHRAN
UMUR : 1 TAHUN 4 BULAN







contest ni dianjurkan oleh Smileykids Photography. So, apa lagi, jom kita join ramai2 contest ni..




Mcm mn nak masuk contest ni? Jom tengok sini :-



Cara2 penyertaan?



* Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda

* Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini

* Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog

anda -

* Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. -

* Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. -

* Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .-

* AMARAN: no link back will be disqualified

* Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. -

* Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:



Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:



* Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.

* Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.

* Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.

* Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!

* Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.

* Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.

* Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.

* SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.

* SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.

* Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira





So, seng je kan syarat2 penyertaan nyer.. Gud luck!

Aqil lagi....

Hari ni, aku sampai umah kul 9:10pm...huh!! ni semua gara2 meeting untuk function sabtu nih.
Sepatut kul 6 da stat meeting, tp di sebabkan MD dgn Datuk lambat, maka kul 7 baru stat meeting tuh.

Sabtu ni ada launching rumah projek Ho Hup untuk phase 7 Jalil Sutera, Bukit jalil. Taun lepas aku jadi usher...tapi taun ni kena jaga registration counter...ok lah tu..
Tapi harap2 taun ni purchasers semua sporting2 la ye...jangan macam taun lepas, ada gak purchasers yang bising2 rumah lambat siap..huhuuuuu

Sampai je umah aku terus amik Aqil kat umah kak long. Mak aku seperti biase la kalau malam jumaat akan pergi surau untuk bacaan yassin.
Sampai je kat umah kak long, Aqil da tido...alahaiiiii anak ibu...tak dapat ibu nak main dengan dia malam ni.
Kak long bagitau tadi Aqil terjatuh...dia cakap bibir dia terhantuk kat meja...Haiii meja lagiiiii...
Kak long cakap Aqil main kejar2 dengan hanim...tapi aku tak salahkan kak long la...sebab aku tau Aqil memang lasak.
Aku pun cek la bibir Aqil tu...huhuuuu muncung u...haha jadi tebal plak bibir dia. Tapi dalam hati aku da risau da...ni nenek dia mesti bising lagi nih...lagi nak kene jawab dengan laki aku lagi...

Bila nenek dia balik je, aku pun bagitau la...fesyen aku memang cani, lebih baik aku bagitau dari mak aku tau sendiri..nanti lagi panjang syarahannya. Aku tengok muka mak aku da lain da....ada riak sedih di wajah nya..mak pun diam je...takde plak nak marah. Terus mak angkut Aqil masuk bilik dia dengan alasan jangan sampai laki aku nampak...hahaaaa mak aku pun takut gak rupanya...tapi benda dah jadi kan, nak buat macam mana...

Tapi tu la....da berturut2 aqil cedera nih...harap2 lepas ni takde la berlaku lagi kes2 mcm ni...InsyaAllah...

Wednesday, October 21, 2009

Aqil dpt benjol

Balik dari ofis petang tadi aku tengok aqil tengah busy....busy 'kemas' mainan dia..
Nenek dia ckp 3 lg koleksi menan dia campak ke luar rumah..huhuuu aqil.....

Lepas siap mandi, makan, solat maghrib, seperti biasa aku akan baring sambil tengok tv kat ruang tamu.
Aku cuba untuk tidokan aqil, tapi dia memberontak nak bangun. Dia takmo tido lagi sebab sibuk nak main la...Dia pijak2 tin biskut yang ada kat depan meja ruang tamu tu.
Lama2 dia pijak sambil cuba2 berdiri kat atas tin tu....dengan tiba2 jer...........................
tin tu terlari..dan aqil pun gedebuk...abisssssssssss  dahi terhantuk kuat kat bucu meja tu.
Aduhhhhhhhhhhhhhhh aku da menggelabah bila tengok dia nangis takde suara...lama sikit baru kuar tangisan dia yang kuat tu.....aku tau dia sakit sangat... Aku tengok dahi yang terhantuk tu, ade lekuk ke dalam..... huhuuuuuuu nak nangis aku time tu. cepat2 aku tuam dahi dia dengan rambut aku dan juga tuala, tak sampai  5 minit, benjol pun naik...huhhhhh panjang lak tu.....kesian anak ibu.

Apepun, aku BERSYUKUR sangat2.....sebab tak kena mata dia... kalau terhantuk kat mata dia, hishhhhh Nauzubillah.....mintak di jauhkan la....Terima kasih ya Allah....

Lepas aku dukung dan pujuk2 dia, aku bagi susu sambil tepuk2 sampai dia tido...ni aku amik gamba benjol tu .....cian diaaaa







Bila nenek dia balik je dari surau, aku pun bagitau la mak aku tu. Apelagi......dapat la aku syarahan di malam hari... Huhuuuuu T tak sengaja mak...T pun tak nak perkara macam tu trjadi...
Tapi biasala....Aqil da setahun 5 bulan, time2 ni memang dia tengah lasak. Makan, minum susu pun dia tak nak....asyik nak main jer.. Apepun, ibu sentiasa doakan agar anak ibu sentiasa di lindungi olehNYA, di berikan kesihatan yang baik, Akal yang cerdik dan membesar menjadi anak yang Soleh, AMIN....Ibu sentiasa menyayangimu nak.....

Tuesday, October 20, 2009

Ke Somban lagi...

Sabtu 17hb awal2 pagi aku da masak nasi Aqil...iron baju...suap aqil...siapkan aqil dan aku pn bersiap..
Kul 11:30 keluar rumah...huhuuuu kali ni destinasi kami ke rumah kak Liza lg di Seremban..ape lagi, menghabiskan hari2 terakhir Raya di bulan Syawal la...

Budget leh sampai sejam tp lewat pulak di sebabkan sangkut jem kat Tol Sungai Besi...sampai umah kak liza da kul 1. Lepas hilangkan dahaga dengan Air Oren Susu kak liza, kami pun bertolak ke umah Mertua Eyna kat Paroi. Tak la jauh sangat dari rumah kak liza. Sampai umah pengantin, makan sambil borak2 dengan Eyna....Comei nye Alisya dengan baju ala2 princess gitu. Pengantin nye pun Lawa.
Lepas makan, Faridah pun sampai.Terima Kasih ye Eyna sudi mejemput kami...lawa bunga telur air tangan Eyna tu, lain kali bole order yek..hehe. Pukul 3 kitorang gerak balik ke rumah Kak Liza...kali ni Faridah pun join same.








Lepas borak2 dan Zalina pun dah sampai kat tempat yang dijanjikan, kitorang pun keluar. kali ni destinasi kami ke umah Madam Munira untuk menghabiskan nasi dagang...hehe. Pandai munira masak nasi dagang tu, sedap.....cuma kempunan la nak makan laksa munira....xpe..lain kali ko masak lagi ye Muni...ngeh ngeh ngeh...hehe












Kul 8 lebih, dengan di join Munira....kitorang lepak balik kat umah kak Liza...sebelum tu gi Tapau KFC,,Sate...Ais Kacang..










sampai umah kak Liza borak lagi sampai kul 11...Sedar diri kat umah org, kitorang pun minta izin nak balik.
Dalam perjalanan balik pulak, di sebabkan laki aku ngantuk sangat, kitorang berhenti tido kat hentian Nilai..terlelap sekejap...
Sampai umah da pukul 1am..huhu..walawpun badan penat, tapi aku seronok sangat dapat merapatkan ukhwah dengan teman2......
TERIMA KASIH KAK LIZA.... :-)

Wednesday, October 14, 2009

Menyaksikan......Accident

Accident....huhhh jauh kan la kami dari malapetaka ini ya Allah....
Hari ni je aku menyaksikan 3 kejadian Accident di sepanjang perjalanan pergi dan balik ofis.
Pagi tadi, hujan yang turun menyembah bumi sejak awal pagi membuatkan jalan licin. Pagi tadi aku keluar rumah awal sikit dari biase...kunun nak elak jammed la kan...biase la ujan, jln mesti jammed.

Kelua dari exit Pandan Indah jalan masih clear, tapi bila sampai Fly over Kencana kereta da slow.....dari atas bukit aku da nampak jalan yang sesak...aiyokkkkkkkkk rasa nak patah balik je ikut Kampung Pandan..
Aku yg duduk dekat lane tengah takleh lari ke kiri atau kanan sebab jalan yang 3 lane da jadi 4 lane, kete da behimpit2. Sampai dekat depan Safari Lagoon baru aku tau ade accident kat fast lane. Aku tngok kereta yang brtindih2.. sekali aku kira ada 8 kereta semuanya yang terlibat dalam accident tu. Yang paling teruk Toyota Camry kat tengah2, remuk depan belakang...huhuuu. Tapi aku tak nampak ada mangsa yang cedera ataupun mungkin aku tak perasan sebab ralik tengok kereta2 yang terlibat. Lepas je dari situ, terus pecut sampai la ke Shell Tasek Selatan. Kali ni accident kat jalan yang bertentangan. Kereta Viva terbalik...huhuuu mengucap aku....

Sampai ofis, aku dah tak ingat da accident tu. Tapi balik tadi, dekat depan Sekolah Menengah Pandan Indah, dari jauh aku dah nampak kereta peronda polis. dah nampak la orang ramai berkumpul. Pada firasat aku, mungkin budak sekolah bergaduh, maklum la area pandan indah ni memang panas. Tapi bila lepas 7 eleven depan sekolah tu, dah nampak serpihan kaca berderai kat tengah jalan. Aku da nampak seorang perempuan India tengah meraung sambil ketuk2 kepala.....sahhh Accident lagi. Kereta semua jalan slow...depan sikit da nampak darah mengalir ke tengah jalan....yaaaa itu dia aku da nampak sekujur tubuh yang kepala nya berlumuran darah..seorang lelaki india yang aku kira berumur 20an dah kaku tak bergerak. Wallahua'lam la masih bernyawa ke tidak. Berderau darah aku tengok darah kat tengah jalan tu...Kebetulan ambulans pun sampai...Hospital Ampang pun dekat jer, tak sampai 5 minit dari tempat kejadian tu.

Hurmmmm insaf aku...takut nak bawak kereta laju2. Tapi aku hairan la...kalau mangsa tu penunggang motosikal, kenapa tak ada Helmet??....ke dia memang tak pakai Helmet?...huh..kalau betul la dia tak pakai helmet, ini kira satu pengajaran la yer... Bahaya menunggang motor tanpa memakai helmet.
Kepada semua penungang motosikal di luar sana..termasuk suami ku, huhuuu....jangan lupa pakai Helmet dan ikat tali helmet tu betul-betul...
Sayangilah nyawa...Berhati-hati di jalan raya..Biar Lambat Asal Selamat...Patuhilah undang2 di jalan rayadan Ingatlah pada mereka yang tersayang yang menanti kepulangan anda...

Sunday, October 11, 2009

Ahad yang mendamaikan...

Ahad yang mendamaikan...
Hari ni aku takde mood langsung nak keluar rumah. sepatutnya ada 2 jemputan kawen dari sedara aku ari ni...tapi memandangkan laki aku keje, mak dgn kak long balik johor...tggal aku berdua je dgn Aqil, hurrrmmmmm mmg malas tahap gaban la nak keluar.
Bangun tido aku masak bubur Aqil. Kul 9 aku mandikan Aqil...lps siap aku suap dia. Lepas cuci kain dan kemas rumah, aku tengok Aqil da ngantuk, aku pn tido kan dia. bila bos da tido, baru la aku boleh g dapur untuk masak. Memandangkan aku sorang je kat umah, aku masak simple jer....Ayam goreng dgn sayur campur...Alhamdulillah...
Aku makan sambil layan Melodi...lps makan, baring2 sambil tngok Nona plk. wahhhh aman rasa nya...
Aku tngok Aqil tido nyenyak giler...letih sangat kot semalam..tu yang sambung hari ni..hehe
Abis Nona, aku layan internet...ingat nk cari episod Nur Kasih mggu lps..entah cane aku bleh lupa episod mggu lps..tu smue sbb layan  c Ceplos dgn Semanis Kurma la....smlm br aku teringat crite Nur Kasih tu. Tapi line tenet slow gilerrrrr...x dpt la nk tngok... :-(

Hurrrmmmm esok da Isnin...da stat Keje....boring nyerrrrrrrrrrrrr

Makan free

Huhuuuuu...finally...it's saturdayyy....
Keje dlm minggu lepas mmg buat aku pecah kepala
busy nak gilerrrrrrr...langsung takde masa nak beronggeng..
dari masuk ofis kul 8:30 smpi ke petang, mmg tak leh nak rest langsung
kadang aku rasa biji mata aku ni da naik juling duk wat kira-kira..sampai kan ada rasa nak termuntah tngok paperwork tu...ade ke kes cam aku nih?

ok pagi sabtu...Aqil pn bangun awal...lepas sarapan, aku ajk hubby g JJ maluri...dengan alasan dah lama tak shopping kat JJ...asyik2 g Tesco, Manjaku dgn C4 jerkkk.....heh hehhhh nasib baik laki aku set jerrr..
kul 10 klua rumah...
orang kat JJ pn ramai lagi..1st thing aku g renew membercard aku yang da 8 bulan expired...huhuuuu nampak sgt dah lama x dtg kan...
beli brg Aqil..pampers...puting...baju 2 helai...
aku pn tak lepaskan peluang gak beli baju..heheheeheee laki aku dok diam je laaaa...dia mmg da tau perangai aku kalau gi shoping..kalau tak merewang 1 bangunan, mmg tak sah!..

tngok jam da kul 1..ape lagi terus keluar JJ...coz ade wedding invi kat Bukit Indah..
sampai sana, makan.....jumpe pengantin sat dan terus balik..
sampai umah da kul 2:40...lepas ni nak keluar lagi....ade lagi makan free

Lepas solat zohor, aku tengok laki aku da lelap da kat sofa...aku plak suapkan Aqil..kejar la dia satu rumah nk suap. Aqil ni sekarang da liat nak makan, jenuh la mak kejar, nasib baik la umah aku ni kecik je.
Dia da pandai korek balik makanan dlm mulut dia tu. Lepas tu, pantang nampak aku pegang nasi, mesti dia lari...hishhh kadang meguji kesabaran lah nak suap dia....anak o anak..

Kul 3:30...nasi Aqil blom abis lagi nih....aku terus suh dia g bilik air....mandikan dan siapkan dia. Lepas laki aku bangun, dia keluar gi gunting rambut. Ingatkan aku plak nak mandi..tapi Aqil merengek nak ikut aku masuk bilik air. Lastly, aku bagi dia hanger....baru dia senyap main hanger tu..hihiii..

Kul 4:20 baru kuar rumah..
Kali ni, destinasi kami Subang Bestari...NOY, geng HA murah hati buat rumah terbuka...
Jauh gak rumah c Noy ni...maklumla rumah area orang2 kaya gitu..ehehehe
dapat la jumpe dengan geng2 forum yang lain...yang paling special dpt jumpa kak Simfoni..kak simfoni ni kira geng Otai forum la...dr zaman Anis senget lg...
Aku makan mee bandung muar hasil air peluh Noy...hurmmm sedap la jgk...pandai ko masak ye Noy.
Terima kasih ye noy..lain kali jemput la lagi yer...
Sebelum balik, aku dgn ikien tunggu sampai Ieda @ ibu Arissa sampai..at least dpt la bergamba kenangan lg dgn ieda kan...c Aqil tu pn nak la bertemu dgn aweks dia c Arissa tu..hehe
Yang tak seronok nya...tak dapat jumpe geng yang tak dapat hadir kat majlis tu
Kak Liza, Zalina, Munira, Yannie dgn Eyna... tak pe la...INsyaAllah lain kali dapat jumpe lagi ye...
untuk Eyna..kak T doakan semoga sentiasa sihat dan selamat smuanya...
untuk Yannie...semoga afif cepat sihat, murah rezeki Afif tu nanti..
Ape pun, Tahniah untuk ibu Ipan...c Yatie yang da mengandung lagi...huhuuuu da 6 mggu yer..Tahniah Tahniah...ujung taun nanti aku ikut dr belakang yer...heheh











Lepas umah noy, ingat nak gi umah Abang Amin. tapi laki aku col, Abg Amin takde kat umah plak...dia tolong kawan dia brniaga..
Teringat plak undangan Ain suh beraya kat rumah dia ptg td. Memandangkan hari da maghrib, aku col la c adik Ain tu..ingat tak jadi la nak singgah umah dia...tp dia beriya suruh dtg, so aku pn datang la...segan weh g umah orang time maghrib2 cenggitu...hehe
Lepas borak2 dan tengok ragam Aqil dgn Ahnaf, kul 9 aku pn balik...Terima kasih tau Ain..Sory ganggu malam2...











Sampai umah da kul 9:45...aku siap2 kan Aqil, bobok2 sampai dia tido..
Lps mandi dan siap semuanya...aku pn Boommmmmmmm...

Monday, October 5, 2009

Sebak nye hati.. :-(

Di pagi isnin ni...tetibe je hati aku jadi sebak...sampai menitis air mata keibuan ku...huhuuuuuu

Pagi ni aku terpaksa serahkan tanggungjawab membawa Aqil ke klinik untuk check-up kepada suami aku sepenuhnya...
sebelum2 ini, suami aku yang menemani aku,..tetapi pagi ini...di sebabkan tuntutan kerja, aku terpaksa abaikan tanggungjawab itu...

pagi2 lagi aku da kejutkan Aqil...siapkan dia...kul 7:20 sampai klinik, dapat nombor 4. ok la..at least Aqil dgn ayah tak payah la tunggu lama sangat kan..
Lepas timbang smua, aku pun tinggalkan Aqil...huh!! terasa aku benci sangat diri aku ketika itu...tinggalkan anak semata2 kerja..huhuuuu
masuk kereta, aku menangis...menangis sebab aku rasa aku abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu...!!
maafkan ibu nak...maafkan ibu... :-(

untuk suami ku, jutaan terima kasih aku ucapkan kerana memahami isterimu ini.......Love u all.......

hurmmmmm teremo plk aku pagi2 ni...
ni yg mmbuatkan akan hilang mood nk buat kerja...
yang kerja ni pn, tak habis2...jumaat ari tu aku balik kul 8pm..
tu pn tak settle lagi..
hari ni entah balik kul brp tah...huhhhhh..