aQiL

aQiL
..Permata Hatiku..

Wednesday, October 21, 2009

Aqil dpt benjol

Balik dari ofis petang tadi aku tengok aqil tengah busy....busy 'kemas' mainan dia..
Nenek dia ckp 3 lg koleksi menan dia campak ke luar rumah..huhuuu aqil.....

Lepas siap mandi, makan, solat maghrib, seperti biasa aku akan baring sambil tengok tv kat ruang tamu.
Aku cuba untuk tidokan aqil, tapi dia memberontak nak bangun. Dia takmo tido lagi sebab sibuk nak main la...Dia pijak2 tin biskut yang ada kat depan meja ruang tamu tu.
Lama2 dia pijak sambil cuba2 berdiri kat atas tin tu....dengan tiba2 jer...........................
tin tu terlari..dan aqil pun gedebuk...abisssssssssss  dahi terhantuk kuat kat bucu meja tu.
Aduhhhhhhhhhhhhhhh aku da menggelabah bila tengok dia nangis takde suara...lama sikit baru kuar tangisan dia yang kuat tu.....aku tau dia sakit sangat... Aku tengok dahi yang terhantuk tu, ade lekuk ke dalam..... huhuuuuuuu nak nangis aku time tu. cepat2 aku tuam dahi dia dengan rambut aku dan juga tuala, tak sampai  5 minit, benjol pun naik...huhhhhh panjang lak tu.....kesian anak ibu.

Apepun, aku BERSYUKUR sangat2.....sebab tak kena mata dia... kalau terhantuk kat mata dia, hishhhhh Nauzubillah.....mintak di jauhkan la....Terima kasih ya Allah....

Lepas aku dukung dan pujuk2 dia, aku bagi susu sambil tepuk2 sampai dia tido...ni aku amik gamba benjol tu .....cian diaaaa







Bila nenek dia balik je dari surau, aku pun bagitau la mak aku tu. Apelagi......dapat la aku syarahan di malam hari... Huhuuuuu T tak sengaja mak...T pun tak nak perkara macam tu trjadi...
Tapi biasala....Aqil da setahun 5 bulan, time2 ni memang dia tengah lasak. Makan, minum susu pun dia tak nak....asyik nak main jer.. Apepun, ibu sentiasa doakan agar anak ibu sentiasa di lindungi olehNYA, di berikan kesihatan yang baik, Akal yang cerdik dan membesar menjadi anak yang Soleh, AMIN....Ibu sentiasa menyayangimu nak.....

3 comments:

Naz-Segalanya disini said...

kelakar dengan ayat aqil buang koleksi toy dia tu..apa pun ubat benjol dengan rambut tu sungguh mujarab..naz pun guna kaedah yg sama..slm perkenalan dr naz

Ieda said...

sian menantu ieda dapat benjol...ekekekekek

Ain said...

alahai.. ciannyer Imtiyaz.. daoat telur ek.. mesti sakit tue.. tajam x bucu tu kak? huhu..