aQiL

aQiL
..Permata Hatiku..

Wednesday, October 14, 2009

Menyaksikan......Accident

Accident....huhhh jauh kan la kami dari malapetaka ini ya Allah....
Hari ni je aku menyaksikan 3 kejadian Accident di sepanjang perjalanan pergi dan balik ofis.
Pagi tadi, hujan yang turun menyembah bumi sejak awal pagi membuatkan jalan licin. Pagi tadi aku keluar rumah awal sikit dari biase...kunun nak elak jammed la kan...biase la ujan, jln mesti jammed.

Kelua dari exit Pandan Indah jalan masih clear, tapi bila sampai Fly over Kencana kereta da slow.....dari atas bukit aku da nampak jalan yang sesak...aiyokkkkkkkkk rasa nak patah balik je ikut Kampung Pandan..
Aku yg duduk dekat lane tengah takleh lari ke kiri atau kanan sebab jalan yang 3 lane da jadi 4 lane, kete da behimpit2. Sampai dekat depan Safari Lagoon baru aku tau ade accident kat fast lane. Aku tngok kereta yang brtindih2.. sekali aku kira ada 8 kereta semuanya yang terlibat dalam accident tu. Yang paling teruk Toyota Camry kat tengah2, remuk depan belakang...huhuuu. Tapi aku tak nampak ada mangsa yang cedera ataupun mungkin aku tak perasan sebab ralik tengok kereta2 yang terlibat. Lepas je dari situ, terus pecut sampai la ke Shell Tasek Selatan. Kali ni accident kat jalan yang bertentangan. Kereta Viva terbalik...huhuuu mengucap aku....

Sampai ofis, aku dah tak ingat da accident tu. Tapi balik tadi, dekat depan Sekolah Menengah Pandan Indah, dari jauh aku dah nampak kereta peronda polis. dah nampak la orang ramai berkumpul. Pada firasat aku, mungkin budak sekolah bergaduh, maklum la area pandan indah ni memang panas. Tapi bila lepas 7 eleven depan sekolah tu, dah nampak serpihan kaca berderai kat tengah jalan. Aku da nampak seorang perempuan India tengah meraung sambil ketuk2 kepala.....sahhh Accident lagi. Kereta semua jalan slow...depan sikit da nampak darah mengalir ke tengah jalan....yaaaa itu dia aku da nampak sekujur tubuh yang kepala nya berlumuran darah..seorang lelaki india yang aku kira berumur 20an dah kaku tak bergerak. Wallahua'lam la masih bernyawa ke tidak. Berderau darah aku tengok darah kat tengah jalan tu...Kebetulan ambulans pun sampai...Hospital Ampang pun dekat jer, tak sampai 5 minit dari tempat kejadian tu.

Hurmmmm insaf aku...takut nak bawak kereta laju2. Tapi aku hairan la...kalau mangsa tu penunggang motosikal, kenapa tak ada Helmet??....ke dia memang tak pakai Helmet?...huh..kalau betul la dia tak pakai helmet, ini kira satu pengajaran la yer... Bahaya menunggang motor tanpa memakai helmet.
Kepada semua penungang motosikal di luar sana..termasuk suami ku, huhuuu....jangan lupa pakai Helmet dan ikat tali helmet tu betul-betul...
Sayangilah nyawa...Berhati-hati di jalan raya..Biar Lambat Asal Selamat...Patuhilah undang2 di jalan rayadan Ingatlah pada mereka yang tersayang yang menanti kepulangan anda...

2 comments:

Ieda said...

suspen ieda..ingat saper la yang accident

~: T :~ said...

hehe, suspen ker...ye r...
tajuk tu wat org suspen jer..
fuhhh hrp2 kita semua di jauhkan...AMIN